APA LAGI SIMTOM/GEJALA DAN TANDA SAKIT SLIP DISK?

 In Pain, Solution, Tips

Biasanya kita sering ambil ringan bila sakit belakangkan. Namun, ambil tahu tentang tanda slip disk ini supaya kita dapat elak dari keadaan yang lebih bahaya.

📍  Sakit bahagian belakang pinggang
📍  Sengal dan kebas punggung dan kaki
📍  Lemah kaki
📍  Sakit berdenyut-denyut pada paha dan kaki.
📍  Jika disk di tengkuk yang terkena saraf, sakit dan kebas akan dirasai dari tangan dan kaki.

💢  Apa Nak Buat Untuk Elak dan Kurangkan Sakit Slip Disc dan Supaya Slip Disk Tak Berulang Lagi?💢

1. Pastikan postur yang betul semasa beraktiviti dan kawal berat badan.

2. Mandi air suam.
Mandi atau berendam air suam dapat legakan sakit belakang. Cubalah untuk 20 minit setiap hari.Pasti anda rasa lebih tenang dan kurang sakit.

3. Berehat dan guna tilam yang sesuai.
Tilam lembik dan buruk boleh jejaskan sakit belakang. Jadi, berubah dan berikhtiar untuk elak sakit berterusan. Sebaiknya baring di atas tilam yang rata, firm, padat yang menyokong tulang belakang dengan baik dan letak bantal di bawah lutut atau dicelah lutut semasa tidur mengiring.

4. Ambil ubat tahan sakit.
Ubat tahan sakit ni memang ada kesan sampingan dan tidak elok. Jadi pastikan mendapat pandangan dari doktor dan mengambil ubat pada dos yang disyorkan sahaja. Pakai kasut tumit rendah semasa berjalan untuk lebih selesa dan elak sakit.

5. Bertenang.
Solat dan zikir. Tenangkan fikiran kerana sakit belakang juga ada yang berpunca dari tekanan emosi. Bila kita mampu bertenang dan mengubah fokus, sakit dapat dikurangkan. Ketika berjalan terlalu lama, rehatkan satu kaki secara bergilir – gilir di atas bangku kecil yang rendah.

6. Gunakan kusyen.
Cari kusyen dan kerusi sandar yang selesa terutama semasa memandu dan duduk. Kerusi kenderaan kebanyakkannya membuatkan pesakit slip disk bertambah sakit dan teruk jika memandu terlalu lama.

7. Berenang dan melakukan senaman secara tetap.
Berenang sangat berkesan untuk redakan sakit belakang. Menarikkan. Ha, apa lagi, jomlah ke swimming pool. Kalau tak tahu, anda boleh bersenam dengan berjalan pantas dan melalukan senaman untuk tulang belakang.

8. Berhati-hati semasa angkat barang dan angkat dengan cara yang betul.
Pastikan barang di hadapan, dekat dengan badan. Rendahkan badan untuk mengangkat barang terlebih dahulu.

9. Gunakan icepack
Untuk sakit belakang akut, balut ICE pack dengan kain basah dan letak dibahagian sakit selama 15 minit.

Untuk sakit belakang kronik dan berulang, balut HOT pack dengan tuala secukupnya sampai tak rasa terlalu panas dan letak di bahagian sakit selama 20 minit. JANGAN sapu minyak panas di bahagian sakit sebelum letak hot pack.

10. Amalkan sapuan gel atau krim bagi melegakan sakit.

Recent Posts

Leave a Comment

Start typing and press Enter to search